Manek Urai Baru-Salah seorang penerima Program 'Sentuhan Kasih' untuk warga emas daripada cawangan Manek Urai Baru,Haji Ali Bin Othman melahirkan rasa terharu atas ingatan dan perhatian barisan kepimpinan PDM terhadapnya.Baginya,tiada apa yang dapat dikatakan atas penghormatan dan penghargaan yang diberikan kepada veteran parti sepertinya dan seangkatannya,selain memuji inisiatif yang dimainkan PDM dalam memberikan perhatian khusus kepada veteran parti yang masih mampu menyumbangkan idea-idea yang segar bagi menyuntik semangat untuk menggembalikan kekuatan parti.
Menurutnya,generasi veteran sebenarnya masih bersemangat waja dan bersedia untuk dilibatkan dalam apa juga program parti.Beliau sendiri,sentiasa bersedia walaupun keterbatasan atas faktor kesihatan dan umur lebih banyak menyaksikan beliau sekadar memerhati dan mengikuti perkembangan dari jauh sahaja.'Saya masih bersemangat untuk berganding bahu dengan anak-anak muda sekarang,Ujarnya sambil menggingatkan PDM tidak meminggirkan veteran parti yang masih mampu menyumbang idea-idea baru,berganding bahu dengan generasi muda.Baginya,senario semasa sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada UMNO untuk bangkit dan memulihkan maruah yang tercalar di samping banyaknya isu-isu yang dilihat memberikan nilai tambah untuk menarik sokongan semula.Inilah masanya kita bangkit memberikan cabaran dan tentangan secara bijaksana,Ujarnya bersemangat .NOTA: PDM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Haji Ali Bin Othman yang telah kembali Rahmatullah pada 21 Mac 2013.Semoga Roh beliau ditempatkan di kalangan solihin.Al-Fatihah.