Manek Urai Baru Disember 2012-Setiap perbelanjaan dan peruntukan yang disalurkan dari pihak UMNO Negeri dan Bahagian akan dikawalselia secara sistematik melalui penggunaan rekod kewangan dan akan didokumentasikan.Perbelanjaan juga akan dilakukan secara berhemah dan baki semasa akan dikemaskini bagi memudahkan kawalan dan tidak berlakunya masalah defisit,Kata Puan Faridah Bt Mamat Bendahari PDM semasa membentangkan laporan kewangan PDM di majlis taklimat pentadbiran baru-baru ini.
Menurutnya,masalah ketiadaan sumber dan kegagalan tadbir urus kewangan memang menjadi isu hangat dan boleh menjejaskan perpaduan di setiap PDM.Beliau turut mengharapkan khidmat bantu dari semua J/kuasa sebagai mengambil tanggungjawab bersama memperkasakan pentadbiran PDM dan lebih menampilkan kelainan supaya perpaduan lebih erat dapat ditunjukkan bersama gabungan muka baru dan lama,katanya yang turut dipilih sebagai Ketua Portfolio Jalinan Mesra Wanita.
No comments:
Post a Comment