Tuesday, December 11, 2012

Perhebatkan Kerja Parti di Setiap PDM.

Disember 2012 Kuala Krai-Semua ahli parti di setiap PDM Parlimen Kuala Krai diarahkan memperhebatkan kerja buat mendekati dan menjaga rapi pengundi supaya tidak memihak kepada pembangkang menjelang PRU-13 nanti.

Pengumpulan data dan maklumat yang seragam di setiap PDM juga harus dipraktikan bagi menyaingi kesungguhan parti lawan yang mempunyai keupayaan untuk bersaing sebagaimana  ditunjukkan dalam PRU -12 lalu,kata Ketua Bahagian UMNO Kuala Krai Dato'Ramzi Abdul Rahman."Masa semakin suntuk untuk kita berhadapan dengan masalah remeh-temeh.Kita perlu perkuatkan barisan kita di setiap PDM,Ujarnya lagi dalam taklimat kepada semua pemimpin dan tenaga penggerak Pusat Daerah Mengundi di Pejabat UMNO Bahagian Kuala Krai.

Dalam taklimat tertutup yang dihadiri sama kepimpinan peringkat Bahagian Kuala Krai,beliau menekankan perlunya perubahan sikap dan mentaliti semua ahli untuk membina semula kekuatan dan kesungguhan menyahut seruan Presiden UMNO semasa perhimpunan di Kuala Lumpur baru-baru ini."Matlamat dan sasaran kita sekarang,untuk menyelaraskan semua tindakan dan perancangan untuk memenangkan Parti,tanpa mengira siapa calon yang terpilih,Katanya lagi.


No comments:

Post a Comment