Wednesday, December 5, 2012

Pusat Daerah Mengundi Manek Urai Baru diaktifkan.

Manek Urai November 2012-Satu taklimat pentadbiran bagi Pusat Daerah Mengundi [PDM] Manek Urai Baru telah diadakan di bilik Gerakan DUN Manek Urai,baru-baru ini.Ketua PDM,En.Mohamad Bin Awang Mat memberitahu,taklimat tersebut diadakan sebagai menyahut saranan UMNO pusat untuk mengaktifkan setiap Pusat Daerah Mengundi dengan aktiviti dan program Setiap Hari Ada Program' (SHAP).

Menurut beliau,peruntukan kewangan juga telah diberikan oleh UMNO Negeri dan Bahagian sebagai kos perbelanjaan mengatur aktiviti yang boleh dirancangkan di peringkat PDM bila-bila masa.Sehubungan itu,menurutnya lagi,PDM Manek Urai Baru yang turut membuat pelantikan semula Portfolio bersetuju membuat penyusunan semula sebagai langkah penambahbaikan untuk menggerakan program dan aktiviti PDM Manek Urai Baru secara lebih berkesan.

'Kita akan mempastikan setiap Ketua Portfolio baru mempunyai j/kuasa dan memahami fungsi tugas sebenar,'Ujarnya yang bercadang mengatur jadual khusus untuk merancakkan aktiviti di PDM Manek Urai Baru.Beliau juga memberitahu,pengubahsuaian telah dilakukan di bilik PDM yang mempunyai dua bilik untuk mesyuarat dan pentadbiran sementara alatan memasak turut disediakan untuk penyediaan makan minum.

No comments:

Post a Comment