Saturday, December 8, 2012

JIKA TIDAK KITA,SIAPA LAGI..?

Manek Urai Baru Disember 2012-Nada bersemangat yang ditunjukkan, sudah cukup untuk membuktikan beliau sememangnya sentiasa bersedia menerima tanggungjawab jika diamanahkan oleh pimpinan PDM Manek Urai Baru walaupun dengan jawatan kecil.'Inilah masanya kita menyumbang dan bersama-sama menunjukkan kesetiaan kita kepada Parti yang telah banyak berjasa,Tegas  Cikgu Sazali B Ibrahim yang begitu senang apabila dipelawa oleh Ketua PDM untuk kembali aktif.

"Siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk berjuang,jika tidak kita,"Ujarnya sungguh-sungguh, yang tidak berkira walaupun tanpa jawatan penting dalam PDM.'Jangan persoalkan jawatan,lebih penting,sumbangan dan semangat kita untuk bersatu dalam satu saf kepimpinan,Katanya lagi.Dalam pada itu,beliau turut mengharapkan UMNO Bahagian memainkan peranan, memberi banyak pendedahan kepada Ketua Portfolio di setiap PDM dengan bidang tugas masing-masing,supaya fungsi sebenar jawatan itu benar-benar dilaksanakan dan dipraktikan untuk kemantapan jentera Parti,Katanya yang dipilih sebagai Ketua Smart System yang berhubungkait dengan sistem teknologi maklumat dan pelbagai aplikasi terbaru.

'Jangan sempitkan skop tugas yang sepatutnya boleh dikembangkan sebagai elemen perang saraf  untuk kegunaan Parti semasa berkempen,menjelang PRU 13 nanti',Katanya yang mensasarkan generasi muda sebagai golongan yang mudah terpengaruh dan dilentur secara halus.

Perbelanjaan PDM akan dikawal dan berhemah.

Manek Urai Baru Disember 2012-Setiap perbelanjaan dan peruntukan yang disalurkan dari pihak UMNO Negeri dan Bahagian akan dikawalselia secara sistematik melalui penggunaan rekod kewangan dan akan didokumentasikan.Perbelanjaan juga akan dilakukan secara berhemah  dan baki semasa akan dikemaskini bagi memudahkan kawalan dan tidak berlakunya masalah defisit,Kata Puan Faridah Bt Mamat Bendahari PDM semasa membentangkan laporan kewangan PDM di majlis taklimat pentadbiran baru-baru ini.

Menurutnya,masalah ketiadaan sumber dan kegagalan tadbir urus kewangan memang menjadi isu hangat dan boleh menjejaskan perpaduan di setiap PDM.Beliau turut mengharapkan khidmat bantu dari semua J/kuasa sebagai mengambil tanggungjawab bersama memperkasakan pentadbiran PDM dan lebih menampilkan kelainan supaya perpaduan lebih erat dapat ditunjukkan bersama gabungan muka baru dan lama,katanya yang turut dipilih sebagai Ketua Portfolio Jalinan Mesra Wanita.

Gabungan Muka Baru Dan Lama Perkuatkan Jentera PDM.

Manek Urai Baru Disember 2012-Beberapa muka baru dan lama telah dipilih menggangotai jawatankuasa PDM Manek Urai Baru dalam pemilihan yang berlangsung di bilik Derakan DUN Manek Urai baru-baru ini.Mereka terdiri daripada bekas aktivis Parti enam cawangan yang dipilih setelah dikenalpasti masih aktif dan berupaya digembeleng menjadi tenaga penggerak.

Dalam Majlis Mesyuarat &Taklimat  Pentadbiran yang berjaya mengumpulkan kehadiran seramai 40-50 orang aktivis Parti,beberapa muka lama seperti Omar B Junoh,Ab.Rafar B Ab.Ghani dipilih semula  menggangotai  J/kuasa PDM,sementara Pn.Rosnani Bt Che A.Kadir,Pn.Faridah Bt Mamat,Pn.Nik Eshah Bt Husain,Pn.Wan Zainun Bt Wan Yusof,Zalahuddin B Ismail,Ismail B Zainuddin  masih dikekalkan.Antara muka baru yang dipilih terdiri daripada Roslan B Ibrahim,Sazali B Ibrahim,Nik Suhaimi B Nik Hassan,Kamaruddin B Hamat,Mohd Nasir B Ismail dan Rosdi B Jaafar.

Dalam majlis yang berlangsung selama dua jam,Ketua PDM,Mohamad B Awang Mat turut menekankan perlunya penyatuan semula generasi baru dan lama sebagai menjalineratkan hubungan dan perpaduan yang pernah terjalin sebelum ini.'Kita perlukan perpaduan yang boleh mencetuskan semangat dan iltizam untuk menyusun semula barisan dan saf kepimpinan PDM Manek Urai Baru,Ujarnya yang bertekad dan meminta kerjasama semua ahli UMNO melupakan perbezaan pendapat demi menguatkan perpaduan Parti."Masa kian suntuk untuk kita melakukan persiapan menghadapi PRU 13,jika masih dibelenggu masalah lampau yang belum selesai,Katanya lagi dengan harapan muka baru dan lama dapat digabungkan menjadi tenaga penggerak yang terbaik untuk membina kekuatan PDM Manek Urai Baru.

Jangan lupakan aktiviti bercorak keagamaan.


Manek Urai Baru November 2012-Rata-rata ahli jawatankuasa PDM Manek Urai Baru mencadangkan   program yang diadakan turut menyelitkan aktiviti bercorak keagamaan dan kemasyarakatan.Mereka turut berkongsi harapan untuk melihat pentadbiran baru PDM menampilkan kelainan yang boleh menarik semula minat dan keinginan generasi veteran Parti yang seolah-olah dilupakan,menyumbang idea dan pengalaman bagi memperkuatkan parti UMNO di sini.

'Jangan lupakan veteran Parti.Mereka masih nadi kekuatan kita,"Kata Raja Adnan Bin Raja Wahab yang berharapkan program keagamaan diselitkan pada setiap program PDM untuk menepis anggapan pihak lawan yang melabelkan UMNO sebagai Parti yang tidak Islamik.'Buktikan UMNO sentiasa mempertahankan Agama Islam sebagaimana tertera dalam perlembagaan,Ujarnya yang turut terpilih sebagai Ketua Bilik Gerakan PDM Manek Urai Baru.

 Sementara itu,Setiausaha PDM,Nik Zainuddin Bin Raja Mahmood dalam taklimat pentadbiran turut menggariskan beberapa perancangan dan penambahbaikan yang akan diperkenalkan bagi melicinkan jentera pentadbiran terutama urustadbir kewangan dan perbelanjaan secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran.


'Kita akan mengenalpasti veteran Parti di setiap cawangan PDM untuk meletakkan mereka sebaris dengan barisan kepimpinan,'Ujarnya yang turut memperkenalkan sistem pentadbiran secara lebih terbuka dan telus.Menurutnya,pengubahsuaian ruang pejabat PDM akan turut menempatkan beberapa rak fail dan aset PDM yang akan didaftarkan dari masa ke semasa.

Terharu,masih diperlukan.

Manek Urai Baru November 2012-Tiada ungkapan lain yang dapat dilafazkan oleh En.Omar Bin Junoh,selain melahirkan rasa terharu dan syukurnya kerana masih diingati dan diperlukan untuk berganding bahu dengan barisan kepimpinan baru PDM yang dipilih semula baru-baru ini.


Menurutnya,selama ini beliau merasakan seperti terpinggir dan dilupakan oleh generasi baru yang mengambil alih  teraju kepimpinan PDM Manek Urai Baru."Saya cukup terharu atas kepercayaan yang diberikan kepada generasi kami untuk membuktikan tahap kesetiaan dan komitmen tidak berbelah bahagi kepada parti,'Ujarnya yang masih bersemangat apabila dipilih sebagai Ketua  Portfolio Risikan/Gerak Saraf.


Beberapa rakan seangkatan dengan beliau yang turut terpilih adalah En.Ab.Rafar Bin Ab Ghani (Ketua Portfolio Gerak Gempur)En.Mamat Bin Mat Sin (Ketua Portfolio Counting Agent) di samping mengekalkan Veteran UMNO Manek Urai Tuan Haji Hassan Bin Harun sebagai Timbalan PDM.