Saturday, February 20, 2010

Manek Urai Selepas Pilihanraya Kecil

Semuanya telah selesai.Rata-rata penduduk di Kg Manek Urai telah menzahirkan apa yang menjadi cita-cita dan tanggungjawab peribadi.Di satu pihak boleh tersenyum bangga dan puas apabila keringat peluh dan pengorbanan masa berbaloi mengikut naluri keinginan masing-masing.Tanpa mengambil kira warna yang menjadi tunjang matlamat dan sebutan semasa berkempen,semuanya telah terbayar.Ada yang mengeluh kesal.Ada yang ketawa hambar.Ada yang benar-benar sudah boleh mengenal siapa kawan dan siapa lawan sebenar.



Apabila singgah di kedai-kedai kopi di sekitar Manek Urai.Kita akan dapat mendengar 1001 cerita yang sedap didengar.Cerita yang ditokok tambah untuk menyedapkan jalan cerita si pendengar yang melopong.Sambil itu cawan kopi silih berganti.Rokok di tangan siap berasap bersilih kali.Entah siapa yang belanja sakan untuk bercerita mengenai kemenangan atau kekalahan.


Realiti kemenangan dan kekalahan tidak siapa harus menafikannya.Di mana pihakpun akan berdepan dengan situasi pro dan kontra.Ini diakui oleh jentera BN yang diwakili UMNO apabila meletakkan calonnya seorang pentadbir di Gua Musang.Begitu juga dengan jentera PR yang diwakili PAS oleh seorang peniaga di Kuala Krai.Berlawanan kerjaya tidak bererti berbeza cita rasa untuk menagih tumpuan pengundi.Semua ini diterjemahkan melalui gerak kerja kempen yang banyak memberikan fokus kepada pengundi muda sekitar DUN Manek Urai.


Inilah yang diperolehi melalui kesimpulannya.Apabila memperkatakan untung nasib kedua-dua parti yang menjadikan Agama sebagai fasa perubahan yang ingin dilakukan di setiap peti undi,manakala golongan sasarannya adalah warga emas dan generasi belia yang mampu mengubah suasana.
Cakap-cakap kedai kopi sentiasa menghasilkan plot cerita yang cukup menarik.Semuanya boleh didengar tanpa ada batas dan tapisan.Semua itu akan memperlihatkan sikap jahil masyarakat dalam membuat analisa atau kajian.Semua yang dilontar oleh pencerita amat 'sikir' untuk didengar.Inilah senario yang dilihat secara langsung semasa kempen berjalan.
Fokus selepas pilihanraya tidak menepati apa yang diperdengarkan semasa kempen.Inilah yang terluah apabila cuba mendekati masyarakat sekitar Manek Urai.Semuanya bernada sinis untuk memberitahu semua, bahawa percakapan berupa janji manis langsung tidak berfaedah untuk DUN Manek Urai.Semuanya sudah sedia maklum,janji pilihanraya akan kembali menjelang PRU 13 yang sudah mulai diwar-warkan.
Semua ini tidak boleh dinafikan untuk mengatakan amaran YAB Perdana Menteri selepas pilihanraya Kecil baru-baru ini telah diperlekehkan.Pengkhianat parti boleh terlepas begitu sahaja.Di mana-manapun realitinya,kekalahan BN memang telah disengajakan untuk melihat mereka sedang bergembira sambil merayakan 'kemenangan'.Semua ini dihubungkaitkan dengan janji sebuah jambatan yang belum tertunai.
Cakap-cakap kedai kopi akan sentiasa bergema untuk menanti secawan teh dan sebatang rokok yang berasap.