Saturday, December 8, 2012

Jangan lupakan aktiviti bercorak keagamaan.


Manek Urai Baru November 2012-Rata-rata ahli jawatankuasa PDM Manek Urai Baru mencadangkan   program yang diadakan turut menyelitkan aktiviti bercorak keagamaan dan kemasyarakatan.Mereka turut berkongsi harapan untuk melihat pentadbiran baru PDM menampilkan kelainan yang boleh menarik semula minat dan keinginan generasi veteran Parti yang seolah-olah dilupakan,menyumbang idea dan pengalaman bagi memperkuatkan parti UMNO di sini.

'Jangan lupakan veteran Parti.Mereka masih nadi kekuatan kita,"Kata Raja Adnan Bin Raja Wahab yang berharapkan program keagamaan diselitkan pada setiap program PDM untuk menepis anggapan pihak lawan yang melabelkan UMNO sebagai Parti yang tidak Islamik.'Buktikan UMNO sentiasa mempertahankan Agama Islam sebagaimana tertera dalam perlembagaan,Ujarnya yang turut terpilih sebagai Ketua Bilik Gerakan PDM Manek Urai Baru.

 Sementara itu,Setiausaha PDM,Nik Zainuddin Bin Raja Mahmood dalam taklimat pentadbiran turut menggariskan beberapa perancangan dan penambahbaikan yang akan diperkenalkan bagi melicinkan jentera pentadbiran terutama urustadbir kewangan dan perbelanjaan secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran.


'Kita akan mengenalpasti veteran Parti di setiap cawangan PDM untuk meletakkan mereka sebaris dengan barisan kepimpinan,'Ujarnya yang turut memperkenalkan sistem pentadbiran secara lebih terbuka dan telus.Menurutnya,pengubahsuaian ruang pejabat PDM akan turut menempatkan beberapa rak fail dan aset PDM yang akan didaftarkan dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment