Tuesday, April 9, 2013

PERJUANGAN PAS SEMAKIN JAUH TERSASAR.

Beberapa elemen kejutan yang berlaku, banyak menunjukkan wajah sebenar PAS.Ini termasuk beberapa kenyataan dan perilaku pemimpin PAS yang banyak menimbulkan tandatanya tentang halatuju mereka sebenarnya,Kata Ustaz Muda Membela Agama Dan Tanah Air (UMMATI) di ceramah isu semasa di Lepan Jenut baru-baru ini.

Kegagalan mereka untuk menjaga peribadi dan tuturkata amat tidak bersesuaian dengan parti yang diwakili,malah memberikan gambaran tidak baik kepada generasi muda yang menghormati pembawaan mereka bersama perjuangan Islam.'Pendekatan mereka hanya bermatlamat mengaburi pemikiran orang ramai untuk menyokong perjuangan parti PAS yang telah jauh tersasar apabila bersekongkol dengan PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya,Ujar Ustaz Mohd Afifim Bin Noor yang didatangkan khas dalam siri jelajah NGO UMMATI di Kuala Krai.Menurutnya lagi,kemungkaran yang telah dilakukan PAS semakin dirasai sekarang apabila beberapa siri kenyataan pemimpin mereka sewenang-wenangnya menanamkan kebencian yang melampau..

Dalam ceramah yang diadakan di rumah Pak Teh Li,seramai 50 orang ahli UMNO Cawangan Chabang 3 berjaya dikumpulkan di bawah seliaan Ketua Cawangannya Sdra Ab.Rafar dan turut dihadiri Naib Ketua UMNO Bahagian,Sdra Che Jalal Bin Muda,Ketua PDM dan Jawatankuasanya.











Tuesday, February 5, 2013

Semangat Juangnya masih berkobar-kobar.

Manek Urai Baru-Salah seorang penerima Program 'Sentuhan Kasih' untuk warga emas daripada cawangan Manek Urai Baru,Haji Ali Bin Othman melahirkan rasa terharu atas ingatan dan perhatian barisan kepimpinan PDM terhadapnya.Baginya,tiada apa yang dapat dikatakan atas penghormatan dan penghargaan yang diberikan kepada veteran parti sepertinya dan  seangkatannya,selain memuji inisiatif yang dimainkan PDM dalam memberikan perhatian khusus kepada veteran parti yang masih mampu menyumbangkan idea-idea yang segar bagi menyuntik semangat untuk menggembalikan kekuatan parti.


Menurutnya,generasi veteran sebenarnya masih bersemangat waja dan bersedia untuk dilibatkan dalam apa juga program parti.Beliau sendiri,sentiasa bersedia walaupun keterbatasan atas faktor kesihatan dan umur lebih banyak menyaksikan beliau sekadar memerhati dan mengikuti perkembangan dari jauh sahaja.'Saya masih bersemangat untuk berganding bahu dengan anak-anak muda sekarang,Ujarnya sambil menggingatkan PDM tidak meminggirkan veteran parti yang masih mampu menyumbang idea-idea baru,berganding bahu dengan generasi muda.Baginya,senario semasa sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada UMNO untuk bangkit dan memulihkan maruah yang tercalar di samping banyaknya isu-isu yang dilihat memberikan nilai tambah untuk menarik sokongan semula.Inilah masanya kita bangkit memberikan cabaran dan tentangan secara bijaksana,Ujarnya bersemangat .NOTA: PDM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Haji Ali Bin Othman yang telah kembali  Rahmatullah pada 21 Mac 2013.Semoga Roh beliau ditempatkan di kalangan solihin.Al-Fatihah.