"Arus perubahan sepatutnya diterima pakai oleh semua ahli ,bukan segelintir sahaja,"
Senario semasa,UMNO Bahagian masih bergolak.Hanyut dan terbiar.Pemimpinnya masing2 dengan agenda dan perancangan sendiri.Tidak ada penyelarasan sesama mereka.Apa yang ditunjukan sekarang,semata-mata 'lakonan' untuk mengabui mata penyokong dan jentera parti peringkat akar umbi.Gambaran yang dilihat membuktikan mereka belum mempunyai strategi berkesan.Mereka bekerja bukan untuk Parti.Mereka berlumba-lumba memenuhkan poket sendiri.Walhalnya,kejayaan dan rezeki yang diperolehi hari ini berkat sokongan dan kerjabuat pekerja Parti di peringkat akar umbi.Apa yang terjadi hari ini,sungguh memalukan.
GAGAL
Rata-rata penyokong dan ahli UMNO yang ditemui tidak menolak kebenaran ini.Mereka menyifatkan UMNO Bahagian Kuala Krai masih belum berubah.Corak kepimpinannya masih kucar-kacir.Pemimpin mereka mempunyai agenda sendiri.Bersikap memonopoli,pentingkan diri dan berpuak-puak.Pemimpin yang ada hari ini ternyata tidak dapat diterima di peringkat cawangan,Kata seorang penyokong UMNO di Manek Urai yang enggan dikenali.'Apabila di peringkat Cawangan sudahpun gagal diterima,apatah lagi untuk memimpin di Bahagian.Ujarnya yang tidak menujukan kepada sesiapa.Tapi jelas dari riak dan kesungguhannya,beliau mempunyai jawapan yang turut dikongsi ramai penyokong UMNO.
'Apa sebenarnya yang diinginkan oleh UMNO Bahagian?Jika rungutan dan sungutan tersebut gagal diambil kira,peringkat akar umbi telah memberikan isyarat jelas.Pemimpin yang bercita-cita besar dan hanya berlumba mengumpul kekayaan,sepatutnya tidak diperlukan lagi.Dan sememangnya Ketua UMNO Bahagian masih gagal mengambil ikhtibar daripada perilaku tersebut.
Pemerhatian dan pandangan akar umbi sepatutnya perlu untuk menjadi rujukan.Pemimpin yang baik dan berwibawa tidak boleh mengabaikan pandangan akar umbi.Jangan menjadikan 'orang tertentu;' sahaja menjadi penyampai sikap dan peranan yang dimainkan.Pihak kedua perlu diwujudkan sebagai penganalisa sejauh mana keberkesanan dasar Parti disokong dan didokong.
'Kalau kelompok ini dipertahankan,sampai bilapun kita akan gagal,Kata bekas S/Usaha Pemuda UMNO Bahagian bersungguh-sungguh.Ada benarnya,dari pemerhatian dan bukti nyata,rekod semua pemimpin Bahagian UMNO boleh dipertikaikan.'Kita tidak nafikan,PAS juga mempunyai pemimpin yang rendah nilai moralnya,tapi mereka ada ada kesungguhan untuk berubah,Jelasnya lagi.'Sebab itu kita kalah,kita mempunyai ramai pemimpin yang ditolak dan gagal menarik pengundi dengan sikap berhemah dan lebih mesra pengundi,'Katanya sambil mengambil contoh,kenapa PAS lebih ke hadapan dalam memberikan perhatian soal kebajikan pengundi,sedangkan mereka kekurangan sumber kewangan,'
Beliau tidak menafikan UMNO Bahagian gagal mencorakkan urustadbir secara lebih bersistem dan efisyen.Baginya,UMNO Bahagian tidak mempunyai perancangan jelas dan betul kerana bertelagah berebut peruntukan yang sepatutnya sampai ke sasaran yang ditetapkan.'Kenapa kita gagal memaksimunkan penggunaan jentera Parti seperti Pengerusi JKKP,JKKP, untuk menarik minat pengundi-pengundi supaya lebih memihak kepada UMNO,Soalnya dengan mengambil kira banyaknya pembaziran yang dialami apabila mereka yang sepatutnya bekerja dan berusaha untuk Parti telah gagal dalam peranannya.
GENERASI MUDA
'Jangan terkejut,kalau pengundi kita semakin susut dan ramai yang memilih pembangkang,Katanya sambil menyifatkan UMNO Bahagian juga gagal menarik minat generasi muda di setiap cawangan.Menurutnya,pendekatan yang dimainkan oleh Pemuda UMNO Bahagian juga banyak menyerlahkan kegagalan dalam mendekati dan memikat generasi muda.Apa yang dapat dilihat hari ini,terdapat pemimpin peringkat Bahagian seperti ingin bermusuh dengan pemimpin muda dalam berebut kekayaan dari tender dan kontrak.'Apakah dengan cara bermusuh dan berebut harta seperti itu boleh menguntungkan Parti di peringkat akar umbi,?Soalnya sinis,'Alangkah baiknya jika membahagikan rezeki sesama kita,secara tidak langsung mewujudkan kesepakatan dan membuang sikap tamak yang diamalkan,Katanya lagi.
Implikasi yang tidak mustahil,kita sebenarnya gagal menyelami dan mencari punca sebenar kenapa generasi muda semakin menjauhi UMNO.Perubahan sikap dan mentaliti untuk mengikut susur galur kepimpinan terdahulu sememangnya tidak dijadikan model terbaik.Arus perubahan sepatutnya diterima pakai oleh semua,bukan segelintir sahaja.Sejauh mana pemimpin peringkat Bahagian boleh mencontohi apa yang cuba disampaikan oleh Presiden dan Timbalannya melalui dasar dan amanatnya semasa program turun padang. Adakah semua itu dikuti sama oleh pemimpin di peringkat bahagian?.Sikap dan amalan yang ditampilkan selama ini tidak menunjukkan mereka benar-benar bersedia mengamalkan dasar Parti.Ketelusan dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan akan sentiasa diperhatikan dan dinilai.Pengundi di peringkat akar umbi juga berperanan besar.Buktinya,apabila tiba masa,gula-gula politik atau umpan yang sepatutnya diterima lebih awal akan diturunkan bertali arus.Jujurnya,sasaran yang sepatutnya juga tidak mengena dan diterima oleh kroni dan orang-orang tertentu.Kenapa situasi ini boleh berlaku?
'Mereka semua tahu.Mereka pernah ditolak dan perlu berundur.Bahagian Kuala Krai perlu dibersihkan.'Katanya selepas menghadiri sesi taklimat bersama Dato 'Ketua Bahagian.'Apa yang saya luahkan di sini,telah disampaikan kepada Ketua Bahagian sebelumnya.'Jangan lupa,jika kita terus kalah' kerana gagal berubah dan dibersihkan.'Katanya mengakhiri perbualan.Memang kita semua perlu berubah.